Breaking News
recent

Syabas! Polis Traffik Koyak Duit Rasuah!



Media sosial semalam kecoh dengan beberapa keping gambar anggota Polis Traffik Peronda Lebuhraya yang dilihat mengoyakkan duit rasuah yang cuba disogok oleh invidu yang mempunyai permastautinan tetap berdasarkan kad pengenalan yang ditunjukan.

Rata-rata pengguna media sosial memuji anggota polis berkenaan sekaligus menepis tanggapan negatif kononnya polis senang disogok dengan wang ringgit dan berharap menjadi contoh kepada anggota yang lain.




Berdasarkan beberapa komen pengguna media sosial,anggota polis terbabit difahamkan berang dengan tindakan pesalah traffik berkenaan yang dilihat cuba merakam aksi tersebut sambil menghulurkan duit kepada anggota berkenaan.

Trend terbaru hari ini ialah memuatnaik video kesalahan-kesalahan anggota polis didalam media sosial.Penulis percaya anggota polis kali ini lebih matang dan tidak melayan provokasi murahan pesalah traffik kerana penulis yakin mereka sedar aksi mereka sedang dirakam oleh camera yang tersorok.

Apapun tahniah kepada anggota berkenaan kerana menolak rasuah dengan cara tersendiri dan ia pasti menjadi pengajaran kepada semua pihak bahawa maruah anggota Polis tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Unknown

Unknown

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.